Enam lelaki termasuk ketua kumpulan yang terlibat dengan kegiatan pecah rumah di sekitar Pulau Pinang, Perak, Pahang, Johor dan Kuala Lumpur sejak Januari lepas berjaya diberkas.<br /><br />Kesemua suspek yang berusia antara 34 hingga 47 tahun itu ditahan polis bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang menerusi Op Pintu Mutiara di beberapa kawasan membabitkan Kedah dan Kuala Lumpur.
